ABANG KARIM PRE-MINOX AND EARLY JOURNEY

Seperti semua tahu, Abang Karim mula berjambang dengan Minox sejak tahun 2017. Sebelum Abang Karim berjambang, sebenanrnya Abang Karim seorang yang boleh dikatakan ‘ simp’, kurang matang dan bertanggungjawab. Niat nak berjambang memang sebab nak ubah diri jadi seorang yang lebih baik dalam hidup.

Tapi niat berjambang ni banyak terbantut sebab kena ‘scammed’ dengan beard oil. Yela, masatu tak tahu yang beard oil ni untuk merapikan jambang. Takde jambang buat apa nak pakai beard oil. Betul tak? Then pada tahun 2017 juga, Abang Karim kehilangan ayah tercinta yang meninggal disebabkan kemalangan jalanraya. Disebabkan perlu mengambil tanggungjawap arwah ayah untuk jaga keluarga, ditambah memang berniat nak jadi manusia yang lebih matang dan bertanggungjawap – Abang Karim nekad ‘ KENA BERJAMBANG WALAU APAPUN!’. Dan niat dan tanggungjawap berbeza jadikan Abang Karim lebih ‘consistent’ dan takkan putus asa.

Jadi bermulalah pencarian dalam internet untuk elemen yang boleh menumbuhkan jambang.  JUMPA MINOX!. Bermula 20 Jun 2017, Abang Karim mula mengoles Minox dekat muka. Tapi masa ni cuma Minox, tanpa LCLT. Sebab masa ni takde buat apa-apa research lebih. Macam semua tahu, Minox akan buat kulit kita kering. Abang Karim bertahan selama beberapa minggu dengan kering & gatal pada muka. Tak tahu perlu ada pelembab untuk counter masalah skin dryness ni. Next, Abang Karim beli Biotin sebab tengok journey berjambang orang lain consume Biotin. Masih – tak buat research, sebab baru lagi consume Minox kan.

Dalam minggu 1-2, bulu-bulu halus ( velus) perlahan-lahan nampak tapi pada mata kasar je. Untuk ambil gambar guna kamera, tak jelas. Masuk minggu ke-3, janggut Abang Karim dah mula banyak & velus dah mula nampak jelas. Tapi memang bersepah lah dekat muka. Masa ni, Biotin masih consume tanpa skip. Masuk minggu ke-4,  Abang Karim decide untuk cari pelembab, tapi tersilap sebab cari pelembab aleo vera. Aleo vera merupakan DHT blocker tapi masatu Abang Karim takde buat research tentang DHT Blocker dan just decide habiskan botol pertama.

Masuk minggu ke-5, minggu dimana botol pertama Minox habis dan masatu velus dah mula nampak dalam gambar. Skin dryness tetap ada sebab Abang Karim kurang arif tentang DHT Blocker. Bila pikir semula rasa rugi sebab lambat tahu tentang moisturizer sebab skin dryness merupakan salah satu punca penumbuhan jambang Abang Karim menjadi lambat.

 

Conclusion untuk permulaan journey Abang Karim, jika kita takde genetik berjambang – jangan meletakkan harapan yang tinggi untuk jambang kita akan lebat. Yang akan naik hanya velus sahaja pada bulan pertama. Side effect Minox pada kulit kita memang real dan kita perlu embrace perkara ini. Then, MOISTURIZER IS THE IMPORTANT THING dan make sure bukan DHT Blocker. Paling penting enjoy the journey dan consistent dalam usaha kita untuk berjambang.

 

Akan bersambung…